1. Pembangunan Penyelidikan dan Latihan.
    a. Pembangunan Standard Kompetensi.
    b. Pembangunan Standard Pakej Latihan.

2. Prestasi Tahunan dalam Pengajaran Subjek. Peningkatan prestasi sebanyak 0.2 setahun

3. Penilaian Program Latihan. Tidak kurang daripada 5.5 (daripada Skala Likert 1 hingga 10).

4. Penilaian Peperiksaan Akhir. Kertas peperiksaan disediakan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peperiksaan.

5. Peratusan Kadar Kelulusan. Peningkatan 0.5 bagi setiap tahun.

6. Pengurusan Kegagalan Peserta Kursus. Pemberian surat amaran sekiranya gagal peperiksaan ulangan dan diproses untuk Hantar Balik Ke Unit (HBU).

7. Penilaian Staf Juruarah.
    a. Penilaian dilaksanakan 2 ke 4 bulan selepas kursus bermula.
    b. Penilaian tahunan dilaksanakan pada penghujung kursus.

8. Validasi Dalaman/ Luaran. Dilaksanakan berdasarkan keperluan Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan standard kursus sentiasa berada pada paras terbaik.