• puspahanas_01.jpg
  • puspahanas_02.jpg
  • puspahanas_03.jpg
  • puspahanas_04.jpg
  • puspahanas_05.jpg
  • puspahanas_06.jpg
  • puspahanas_07.jpg
  • puspahanas_08.jpg
  • puspahanas_09.jpg
  • puspahanas_10.jpg

1972
Idea penubuhan PUSPAHANAS telah dicetuskan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein mulai tahun 1972 lagi, melalui cadangan penubuhan Institut Pengajian Pertahanan Angkatan Tentera (IPPAT). Konsep penubuhan IPPAT adalah untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian bidang pertahanan dan keselamatan yang holistik bagi melaksanakan pengajian/kursus dalam tiga kategori iaitu peringkat pertengahan, peringkat lanjutan dan peringkat tertinggi. Manakala proses penubuhannya pula dilaksanakan secara berperingkat melalui penubuhan pusat latihan/maktab yang khusus bagi setiap kategori peringkat pengajian.

1972
Penubuhan secara berperingkat pusat latihan/maktab bagi setiap kategori peringkat pengajian bermula dengan penubuhan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) pada 8 Januari 1972 bagi melaksanakan pengajian di peringkat pertengahan. MTAT telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, bagi memenuhi kehendak dan keperluan-keperluan Angkatan Tentera Malaysia terutamanya untuk menyedia dan mengadakan pegawai-pegawai yang terlatih di peringkat pertengahan.

1980
Konsep penubuhan PUSPAHANAS (sebelum ini dikenali sebagai IPPAT) telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) kali ke-196 pada 7 Feb 1980 yang merangkumi 1 x Pusat Latihan dan 3 x Maktab.

1980
Penubuhan IPPAT dilanjutkan melalui arahan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang menggariskan perlunya menubuhkan sebuah institusi untuk menampung kajian keselamatan dan pertahanan di peringkat strategik yang melibatkan pegawai. Oleh itu, Kolej Kakitangan Perkhidmatan Bersama Malaysia (MJSSC) telah ditubuhkan pada 1 April 1980.

1981
Nama MJSSC kemudiannya telah ditukar kepada Armed Forces Defence College atau dalam bahasa Melayunya, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) pada 1 Januari 1981. Perasmian MPAT telah dilaksanakan serentak dengan pembukaan kursus/ pengajian pertama pada 16 September 1981 oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu. Pada ketika itu, MPAT merupakan sebuah pusat pengajian ketenteraan yang tertinggi diwujudkan di Malaysia.

1988
Nama IPPAT kemudiannya telah ditukar kepada Akademi Pengajian Pertahanan Kebangsaan (APPK) sebelum Jawatankuasa Kajian Semula Skop Projek Akademi Pengajian Pertahanan Kebangsaan pada tahun 1988 memindanya kepada Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

1991
Konsep penubuhan PUSPAHANAS telah dipersetujui dan diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Menteri 6/91 yang bersidang pada 27 Jun 1991.

2003
Pada tahun 2003, konsep asal penubuhan yang telah diluluskan oleh MAT Ke-196 pada 7 Februari 1980 (1 Markas dan 3 Maktab) telah dikaji semula dan Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-panglima (JPP) Ke-356 pada 30 Oktober 2003 telah bersetuju agar PUSPAHANAS hanya mengandungi tiga entiti utama sahaja (1 Markas dan 2 Maktab).

2011
ATM berpandangan bahawa konsep penubuhan PUSPAHANAS perlu dikembalikan kepada konsep asal (1 Markas dan 3 Maktab) kerana tahap pengajian dan kumpulan sasar di setiap Maktab adalah berbeza dan pengembalian konsep penubuhan PUSPAHANAS kepada konsep asal (1 Markas dan 3 Maktab) telah diperakui oleh JPP Ke-409 pada 22 November 2011.

2017
Cadangan organisasi dan perjawatan PUSPAHANAS yang minimum telah diusulkan dan diperakui oleh JPP Ke-450 pada 13 November 2017.

2018
Cadangan tersebut telah berubah seperti mana yang telah diluluskan oleh JPP Ke-455 pada 12 Disember 2018 untuk mewujudkan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan ATM bagi menyatukan semua Pusat-pusat Latihan yang kini di bawah perintah Markas ATM iaitu ALK UPNM, MTD, PPM, Kolej Perisikan, PLPE, INSAN dan ILMI di bawah PUSPAHANAS.

2020
Namun, Perintah Penubuhan PUSPAHANAS – Ad Hoc bertarikh 30 Ogos 2019 yang terdahulu telah terbatal dan semua Pusat-pusat Latihan di bawah perintah PUSPAHANAS sebelum ini perlu mengguna pakai semula perintah penubuhan/FED (M) asal.